+ -

Laman

Mehmet Najmi

Mehmet Najmi

25/08/2013

1998 Dahulu




Tahun 1998, Tanjong Malim masih lagi ada identiti.

8.00 pagi sabtu, itu waktu ramai orang berpusu-pusu ke pasar pagi.

Melalui landasan kereta api  memang satu kepastian.
Jalan penghubung antara pekan dan taman perumahan.

Lampu merah berkelip-kelip.
Sudah tiba waktu untuk pagar ditutup

Masa untuk kenderaan beratur panjang.
Kerana kereta api akan datang.

Pagar dikunci ketat.
Basikal dan motor berhimpun dekat dan rapat.

Penjaga landasan sudah boleh berehat.
Besi penukar landasan ditolak cermat.

Adakah kereta api panjang?
Adakah kereta api pembawa barang?
Atau sekadar keretapi yang penuh dengan penumpang?

Keretapi berlalu dihadapan.
Hanya satu gerabak dan warnanya kekuning-kuningan.
Dibadannya tertulis "UNIT BAIK PULIH LANDASAN".

Kelipan lampu merah masih tidak berhenti.
Bunyi (Ting-Tong-Ting-Tong) juga masih didengari.

Pabila pagar landasan sudah dibuka.
Dan semuanya jadi seperti biasa.

Itu Tanjong Malim dahulu.
Sebelum wujud komuter dan stesyen baru.

Segalanya berwajah baru.
Tiada lagi tahun 1998 yang sudah berlalu.
5 Gregat: August 2013 Tahun 1998, Tanjong Malim masih lagi ada identiti. 8.00 pagi sabtu, itu waktu ramai orang berpusu-pusu ke pasar pagi. Melalui landasan ker...

22/08/2013

Utusan

Salam,

Apa khabar saudara di sana?
Sudah lama kita tidak berbicara.

Entah kenapa hati tergerak untuk bertanya.
Mungkin terlalu rindu agaknya.

Masa berlalu begitu sahaja.
Saudara senyap tanpa cerita dan berita.

Mungkin saudara sibuk dengan hal dunia.
Sehingga lupa tentang saya.

Rasanya saudara pernah berkata.
Takkan lupa tentang kisah kita.

Saudara juga pernah berjanji dahulu suatu ketika.
Bahawa akan berbuat baik untuk saya dan diri saudara.

Namun semuanya sudah dijangka.
Kerana saudara juga manusia.

Saya tidak pernah berasa duka.
Juga tidak akan sesekali merasa hiba.

Cuma saya harap saudara sedar dan terima.
Bahawa tidak lama lagi kita akan bersua.

Mungkin saat itu saudara akan tahu apa yang pernah saya rasa.
Saat itu rasanya sakit tidak terhingga.

Ketika itu juga ada rasa sesalan di minda.
Tentang ke mana perginya kelapangan masa.

Saudara tidak boleh lagi meminta.
Kerna sudah tiba penghujungnya.

Segalanya ditentukan sejak saudara melihat muka ayah dan bonda.
Saya harap saudara bersedia.

Sampai di sini sahaja perutusan terakhir untuk saudara.
Tidak perlu bercerita panjang lebar dan lengkap sempurna.
Bukankah tidak lama lagi kita akan berjumpa?

Itu sahaja daripada saya.
Untuk sahabat yang tercinta.






Akhir kata daripada saya:

"Semoga saudara membawa banyak bekalan yang banyak pabila hadir ke tempat saya.
Kerana "Alam Barzakh" ini banyak seksaannya."


Sekian.
5 Gregat: August 2013 Salam, Apa khabar saudara di sana? Sudah lama kita tidak berbicara. Entah kenapa hati tergerak untuk bertanya. Mungkin terlalu rindu a...

21/08/2013

Ingat

"Kalau nak tahu orang lain ingat atau tak kat kita, time rayalah penentunya.

Sebab time raya mereka yang kita gelar kawan akan datang ke rumah, mengajak beraya atau sekurang-kurangnya menghantar mesej raya."

Mula-mula ingat mengarut teori ni, tapi bila difikirkan balik betul pulak rasanya.
Ini ayat kawan gua yang dah hilang entah kemana.

Dah lama tak dengar cerita, dia kecewa agaknya.
Bukan kecewa kerana apa, tapi sebab selama ni dia selalu ingat sangat kat kawan lain dalam hidup dia.

Setiap tahun "confirm" dia hantar mesej raya kat semua orang.
Tapi dia pernah kata kat gua, selama dia hantar mesej kat semua orang gua sorang je yang balas.

Sedih sangat kot, tu sebab dia hilang macam tu je.
Berkawan, tapi bertepuk sebelah tangan. Siapa tak terasa kalau jadi macam ini?

Gua berterima kasih kepada mereka yang digelar sebagai "kawan" ni,
sebab hanya ingat "kawan" yang mempunyai darjat, kepandaian dan kekayaan.

Memang nice la "attitude" korang.
5 Gregat: August 2013 "Kalau nak tahu orang lain ingat atau tak kat kita, time rayalah penentunya. Sebab time raya mereka yang kita gelar kawan akan datang...

Rindu







(10 Mac 2009)
SOGO,
Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Ketika itu ada rasa kecewa, sedih dan hampa.
Sijil SPM masih lagi dipegang di tangan, namun tiada apa yang mampu aku katakan.

Rasa menyesal untuk masa lampau.
Penyesalan di dalam hati dan
hanya perkataan "kalau aku belajar dahulu" yang bermain di pemikiran yang rasa ingin mati.

Melayan rasa kecewa, aku tenangkan hati di depan SOGO.
Bunyi harmonika dan petikan gitar terus dimainkan, sambil mendengar luahan hati seniman jalanan.

Terasa seperti kami bersaudara, cuma seniman jalanan menceritakan tentang kekecewaannya terhadap kotaraya Kuala Lumpur.

Aku tenung dalam-dalam slip keputusan peperiksaan.
Ketika itu, baru aku sedar ada telefon bimbit Sony Ericcson yang terbiar di sebelah tempat duduk.

Kalau dilihat modelnya, ianya W200i. Mungkin ada orang yang tertinggal.
Aku capai untuk lihat nombor yang boleh dihubungi, dengan niat untuk memulangkan.

Aku baca mesej, dan cuba untuk menelefon nama yang tertera di mesej.
Pangggilan aku dijawab dan suaranya adalah seorang wanita.

Dia berteriak gembira, kerana ada yang menjumpai telefon bimbit rakannya.
Daripada situ bermula segala-galanya.
Rasa cinta dan kasih sayang yang telah lama kita lupakan.

(29 Oktober 2012)
Stesen LRT Bandaraya (SOGO),
Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Memang pertemuan dan perpisahan itu semuanya urusan tuhan.
Namun bukan semua pertemuaan yang aku inginkan.

Ku nampak kau diseberang sana, berbaju hijau, bertudung hitam, bersepatu putih dan berskirt labuh.

Aku dapat lihat betapa bahagia kau bersama dengan dirinya.
Ianya mengngatkan tentang soalan yang pernah aku tanyakan pada kau.
"Apa yang lebihnya pada saya, untuk wujud rasa cinta kita?"

Jawapan yang kau berikan, "Kamu baik, selalu tolong orang."
Aku masih ingat jawapan itu.

Kini aku tahu kau lebih bahagia bersamanya.
Aku dapat lihatnya melalui senyuman yang terukir di bibir.

Aku rindukan seyuman itu, aku juga rindukan keriangan dan gelak tawa daripada mu.

LRT pun tiba, dan aku berlangkah masuk sambil merenung sepi gelagat kau berdua.
Saat aku berada di sebalik cermin LRT bertentangan dengan kau, kehadiran aku mula disedari.

Ketika itu riak wajahmu berubah serta merta.
Dan aku hanya mampu mengukirkan senyuman.

Akhirnya LRT berlalu pergi dan kita merenung buat seketika.
Aku terus tersenyum dan riak wajah kau terus begitu sehingga LRT menjauh dari padangan.

Aku ingin berterima kasih, kerana meninggalkan aku.
Sejak aku ditinggalkan, aku cuba mencari erti sebenar cinta.

Kini aku sedar cinta yang sebenar hanya kepada Pencipta.
Kalau aku tidak ditinggalkan, mungkin aku tidak akan jumpa cinta yang sebenar.

Kini aku gembira kerana kau sudah berbahagia bersama cinta darinya.
Dan aku juga sudah berbahagia bersama cinta daripada Pencipta.

Walaupun selau ada tangisan yang lahir apabila rasa rindu pada kau datang menyinggah.
5 Gregat: August 2013 (10 Mac 2009) SOGO, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Ketika itu ada rasa kecewa, sedih dan hampa. Sijil SPM masih lagi...

Baju Sekolah

Kemarin adik ku bertanya kan satu soalan.
"Abang, seronokkan dah besar? Dah bebas, tak yah nak pakai baju sekolah dah. Bestkan?"

Jawapan yang ku berikan hanyalah sebegini.
"Sebenarnya dalam hidup ni waktu yang paling "best" adalah masa kena pakai kasut sekolah, kena rotan ngan cikgu, kena berdiri atas kerusi ngan kayuh basikal pergi sekolah.

Kalau abang diberi peluang, abang rasa nak berhentikan masa supaya zaman sekolah tak berakhir. Jadi orang dewasa bukan mudah sebab ada banyak tanggungjawab kena pikul.

Nasihat abang jangan sia-siakan waktu "emas" kat sekolah, sebab perjalanannya hanya satu hala. Kalau tak hargai takut kamu akan menyesal sampai bila-bila."
5 Gregat: August 2013 Kemarin adik ku bertanya kan satu soalan. "Abang, seronokkan dah besar? Dah bebas, tak yah nak pakai baju sekolah dah. Bestkan?"...

Paku

Paku sifatnya tajam, papan pula keras.

Bayangkan,
walau sekeras mana kayu yang dipilih pasti mampu ditembusi oleh paku.

Diumpamakan papan itu adalah hati rakan anda.
Paku pula adalah peristiwa yang membuatkan hati rakan anda terluka.

Paku apabila diketuk pada papan pasti akan melekat kuat.
Untuk menanggalkannya adalah amat sukar,
dan apabila ditanggalkan pasti akan meninggalkan lubang yang dalam.

Begitulah hati rakan anda juga,
apabila hati mereka terluka anda seperti telah melekatkan sebatang paku yang tajam.

Walaupun suatu hari nanti anda dapat mencabut paku tersebut,
namun kesannya masih kekal untuk selama-lamanya.

Dalam seribu satu cara untuk mencapai kebahagiaan sesuatu hubungan,
sifat sabar adalah kunci yang paling berharga.
5 Gregat: August 2013 Paku sifatnya tajam, papan pula keras. Bayangkan, walau sekeras mana kayu yang dipilih pasti mampu ditembusi oleh paku. Diumpamakan pa...

Dosa

Aku jahat.
Namun hati kadang-kala ada rasa ingin berubah.

Sehingga kini tiada tangan hamba yang soleh ingin bersalam dengan aku.
Jahat sangatkah aku?


Aku sentiasa menunggu bisikan daripada para ilmuan untuk mengajar tentang ilmu agama.Adakah aku tidak layak untuk belajar tentang Islam?
Ya, aku jahat.Aku banyak dosa.
Aku juga ingin berubah, tetapi aku rasa keadaan tetap tidak akan berubah.
Selagi yang alim dan warak hanya bersama golongan mereka,dan yang jahat macam aku dianggap jahat dan tiada jaminan syurga.
Petunjuk dan cahaya untuk aku bertaubat tertutup kerana tembok pemisah ini.
Tidakkah mereka tahu bahawa jawapan untuk ke syurga atau neraka hanya Allah S.W.T. yang tahu?
5 Gregat: August 2013 Aku jahat. Namun hati kadang-kala ada rasa ingin berubah. Sehingga kini tiada tangan hamba yang soleh ingin bersalam dengan aku. Jahat...

Keinginan

Seribu satu keinginan,
pernah dinukilkan.
Bukan semua mampu dicapai,
kerana semuanya milik Ilahi.

Hal cinta bukan untuk dipaksa,
kerana strukturnya melibatkan perjanjian dua jiwa.
Maaf, jikalau tidak mampu menerima,
masanya belum tiba.

Memang hati ingin mencuba,
namun takut kelak ada yang terluka.
Biarkan segalanya jadi rahsia,
walaupun ada yang membisikkan bayu cinta.

Cinta bukan untuk dipaksa,
hati akan berkata bila tiba masanya.

Manifestasi rasa cinta dalam jiwa,
moga-moga ada yang mendengar rintihanya.
5 Gregat: August 2013 Seribu satu keinginan, pernah dinukilkan. Bukan semua mampu dicapai, kerana semuanya milik Ilahi. Hal cinta bukan untuk dipaksa, keran...

Nilai

Poket baju melayu putih lusuhnya diseluk perlahan-lahan,
dengan niat untuk tidak menghampakan.

Pabila tangan dikeluarkan,
yang ada cuma 2 keping duit kertas berwarna kebiruan.

"Mak cik, saya tak dapat nak beli kerepek mak cik jual nie.
Tapi saya harap mak cik terima RM 2.00 nie, anggap ini sebagai pemberian daripada saya."

Tangannya menghulur, sambil bibir tersenyum,
di saat hati mengharapkan keikhlasan.

"Tuan haji, kami dari wakil masjid akan adakan majlis berbuka puasa bulan ramadhan nanti. Jadi kami mohon jasa baik tuan haji untuk beri sedikit sumbangan ikhlas."

"Eh, tak da masalah. Bagus program yang nak dibuat nie. Kejap, saya ambek duit dekat dalam bilik.
Kamu duduk dulu."

Setelah beberapa lama menunggu di atas kerusi jati di berandar rumah wakil rakyat tersebut,
maka tuan rumahnya keluar bersama sampul yang berisi wang ringgit.

"Dalam nie ada duit RM 450.00, sumbangan daripada saya sedikit.
Kamu gunakanlah untuk program nanti, tapi cuma saya harap kamu sebutlah sikit nama saya dalam nama orang yangg bagi sumbangan masa program nanti yer."

Itu antara nilai pengorbanan dan ibadat yang wujud sekarang.
Yang pasti kita manusia tidak mampu menilai keikhlasan sebenar di dalam diri setiap insan,

Yang maha mengetahui hanyalah Allah S.W.T..
Kita mahluk yang serba kekurangan buatlah yang terbaik untuk mendapat ganjaran.

Sentiasa ihklaskan niat dan buatlah yang terbaik hanya kerana Allah S.W.T.
5 Gregat: August 2013 Poket baju melayu putih lusuhnya diseluk perlahan-lahan, dengan niat untuk tidak menghampakan. Pabila tangan dikeluarkan, yang ada cuma 2 ...

Manusia

Manusia dalam tubuhnya ada adrenalin,
yang kadang-kala membuat respon diri di luar jangkaan.

Mungkin ada perangai kebudak-budakan yang dizahirkan,
yang terjadi apabila dalam diri ada sifat gementar yang bukan dalam kawalan.

Jika ada sifat-sifat ini pandanglah dengan sifat terbuka,
terima dengan seadanya.

Manusia sentiasa belajar memperbaiki kekurangan mereka,
untuk diterima oleh semua.
5 Gregat: August 2013 Manusia dalam tubuhnya ada adrenalin, yang kadang-kala membuat respon diri di luar jangkaan. Mungkin ada perangai kebudak-budakan yang ...

Ikhlas

Sudah lama hati ini tertanya.
Sudah tiba masa untuk diri meluahkan kata-kata.

Mengapa aku yang dipilih, untuk menjadi pelengkap ikatan perkahwinan kita.

"Ahmad, Ahmad pasti tidak akan menyesal untuk menjadikan saya sebagai teman hidup?"

Dan luahan persoalan ini hanya dijawab dengan sebaris kata,
"Tidak pernah sekali pun saya menyesal".

Ini kisah seorang wanita buta yang diterima oleh seorang jejaka serba sempurna.
Sang jejaka lembut hatinya, mudah tersentuh dan suka untuk membantu.

Memang dia dianggap gila, namun hanya tuhan yang mengetahuinya.
Sang jejaka, sudah beberapa kali kecewa.
Hidupnya penuh dengan permainan tipu helah dunia,
sudah lama hatinya luka parah akibat dusta orang yang berpura-pura mencintainya.

Dia ingin mencintai seorang wanita buta,
kerana dia tahu kasih dan cinta mereka bukan untuk apa yang mereka ada.
Ikatan perhubungan dibina, untuk dua jiwa yang saling melengkapi.

Walaupun diri mu buta,
tetapi kesetiaan mu sentiasa memberi semangat untuk aku terus mencuba.

Aku sentiasa berdoa,
agar perhubungan kita berkekalan selamanya sehingga ke syurga.

Sayang.
Buta yang dimiliki bukan kerana tuhan tidak menyayangi diri mu,
tetapi tuhan ingin memelihara pandangan dan hati Sayang daripada melihat kerosakan di dunia.
5 Gregat: August 2013 Sudah lama hati ini tertanya. Sudah tiba masa untuk diri meluahkan kata-kata. Mengapa aku yang dipilih, untuk menjadi pelengkap ikatan ...

Obsesi

Berjaya atau tidak, itu bergantung pada usaha.
Usaha bergantung pada obsesi dan kesungguhan.

Obsesi dan kesungguhan terletak pada keinginan.
Hilangnya obsesi dan kesungguhan maka hilang semangat, 
dan kejayaan hanya mimpi.

Apabila seorang pelajar Sains Tulen ingin berjaya.
Dia perlukan obsesi, yang akan melahirkan semangat ingin tahu.

Sains perkembangannya terletak pada perasaan ingin tahu.
Persoalan yang timbul akan terjawab melalui kajian yang dilakukan.

Apabila pelajar Sains hilang obsesi, maka tiada timbul perasaan ingin tahu.
Eksperimen yang dilakukan hanya untuk mendapatkan markah peperiksaan.
Tiada penemuan baru untuk dihasilkan, dan ilmu sains tidak akan berkembang.

Obsesi tidak boleh dipaksa, kerana letaknya pada hati dan jiwa.

Aku telah hilang obsesi, maka nilai diri ini sebagai seorang pelajar Sains hanyalah pada markah perperiksaan dan demi segulung sijil untuk bergelar mahasiswa.

Untuk mencari obsesi, pelbagai cara telah aku lakukan.
Namun pencariannya seolah-olah tanpa penghujung.

Mungkin obsesi yang ada kini, bukan lagi pada Sains namun pada cabang ilmu yang lain.
Semakin aku cuba memahami Sains, penghujungnya hanya tesesat dalam lilitan tali paksaan itu sendiri.
5 Gregat: August 2013 Berjaya atau tidak, itu bergantung pada usaha. Usaha bergantung pada obsesi dan kesungguhan. Obsesi dan kesungguhan terletak pada keing...

Tersedar

"Semasa kita muda:
Definisi sukses adalah mempunyai pekerjaan yg bagus,
pendapatan yg tinggi,
rumah besar,
kereta mewah, 
suami yang kacak,
isteri yang cantik dan kehidupan yg hebat.

Tetapi, apabila kita tua:
Kita akan sedar bahawa definisi kita semasa muda adalah jauh tersasar.
Sukses itu sebenarnya apabila kita bahagia dengan kehidupan kita.

Kalau kita mempunyai segala-galanya yang kita impikan semasa muda tapi kita sentiasa merasakan segalanya tidak mencukupi ,
maka itu di kira tidak sukses dalam hidup.

Kalau kita tidak kaya ,
tidak ada rumah besar,
kereta mewah,
suami kacak atau isteri cantik tapi kita sentiasa bersyukur kepada Allah SWT dan menerima degan ikhlas dan merasa bahagia,
maka itu adalah sukses yang sebenar-benarnya.

Kalau ada semuanya, maka itu setingkat di bawah syurga.
Apapun, bila kamu tua nanti dan bertemu degan kawan-kawan yang lama atau baru, orang tidak akan bertanya berapa banyak harta kamu ada.
Tapi orang akan bertanya berapa orang anak yang kamu ada.

Dan itu adalah pemberian Allah SWT yang paling didambarkan oleh ibu bapa. "
5 Gregat: August 2013 "Semasa kita muda: Definisi sukses adalah mempunyai pekerjaan yg bagus, pendapatan yg tinggi, rumah besar, kereta mewah,  suami y...

Perkara Biasa

Ketika sudah dewasa, semua ingin hidup berdua.
Zaman usia sudah puluhan, berusaha untuk mencari pasangan.

Perkara biasa bagi setiap insan, tidak ada yang dapat menafikan.
Namun perlu diingatkan, jangan risau tentang jodoh pertemuan.

Bila sudah tepat tempat dan hari, maka akan bertemu insan yang dinanti.

Ketika bertemu waktu akan berjalan perlahan,
semakin laju degupan,
rasa seperti diawangan,
rasa hampir kepada kesempurnaan,
dan hati akan berbisik "Dialah orangnya."

Pesanan yang perlu dsimpan:

Usah risau jika hati tidak berpunya, simpan sahaja untuk pemiliknya.
Serahkan pada yang berhak, dia tidak akan pernah menolak.
Yakinkan diri, bahawa sebenarnya dia juga sedang menanti.

Menanti sang pemberi, sang pemilik hati, sang pencinta yang dimimpi-mimpi.
5 Gregat: August 2013 Ketika sudah dewasa, semua ingin hidup berdua. Zaman usia sudah puluhan, berusaha untuk mencari pasangan. Perkara biasa bagi setiap ins...

Peranan

Ketua adalah kepala kepada sebuah keretapi dan
ahlinya adalah gerabak yang mengekori.

Jika kepala gerabak tersasar daripada landasan,
maka gerabak yang lain akan terbalik.

Namun pengikut boleh menentukan siapa ketuanya,
dan itulah demokrasi sebenar yang harus kita fahami.

Mungkin lusa atau esok akan tiba hari "pembubaran",
di kemudian harinya tiba pula waktu untuk anda memilih.

Maka pilihlah ketua yang anda rasa benar-benar layak.
Dengan harapan tidak menyesal di kemudian hari.

Fikir-fikirkanlah kerana waktunya hampir tiba.
5 Gregat: August 2013 Ketua adalah kepala kepada sebuah keretapi dan ahlinya adalah gerabak yang mengekori. Jika kepala gerabak tersasar daripada landasan, ...

Pilihan

Seorang raja jika ditanya apakah yang ingin diinginkan?

Pasti jawapannya adalah kehidupan yang bebas, tanpa protokol dan lebih menenangkan seperti rakyat biasa yang lain.

Manakala rakyat biasa jika ditanya apakah yang diinginkan?

Pasti jawapannya adalah kehidupan yang berkuasa , kaya raya dan lebih terkenal seperti seorang raja.

Jadi memang perkara biasa pabila kita tidak pernah cukup dengan kehidupan ini,
dan itu petunjuk erti syukur belum ada dalam jiwa.
5 Gregat: August 2013 Seorang raja jika ditanya apakah yang ingin diinginkan? Pasti jawapannya adalah kehidupan yang bebas, tanpa protokol dan lebih menenangk...

Politik

Falsafah politik yang harus kita tahu:

Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin akan diminta pertanggungjawabkan tentang semua yang dipimpinnya.

Yang paling sukar apabila bekerja di pihak media bukanlah tentang keberanian, tetapi sikap yangg adil dan bebas dari kepentingan sepihak.

Sesungguhnya hati menjadi pusat membuat keputusan, maka jagalah ia sebaik-baiknya agar jauh daripada fitnah dan dosa.

Pertimbangkan keputusan yang terbaik daripada setiap sudut,
pastikan ianya bererti bagi dunia dan bermakna bagi akhirat.
5 Gregat: August 2013 Falsafah politik yang harus kita tahu: Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin akan diminta pertanggungjawabkan tentang semua ya...

20/08/2013

Kiffah


Kiffah



(Surat untuk UKM)

Salam rindu untuk semua pelajar UKM.

Mungkin setelah sekian lama,
ramai yang masih tertanya-tanya kemana Kiffah pemergian selama ini.
Untuk itu Kiffah mohon kemaafan.

Memang pemergian Kiffah dahulu tidak dirancang,
pergi begitu sahaja tanpa memberi berita.

Tujuan Kiffah menulis surat ini adalah untuk memberi tahu bahawa Kiffah sudah memulakan hidup baru di tempat yang baru.

Kiffah kini sudah mulakan hidup baru di UPSI.
Di sini Kiffah amat-amat dihargai, dan untuk itu Kiffah berasa sangat bahagia.

Setiap hari Kiffah akan membawa pelajar UPSI daripada kampus baru di Proton City ke kampus lama di pekan Tanjong Malim.

Walaupun Kiffah kadang-kala terasa penat,
namun Kiffah tetap gembira kerana kerana hati ini tahu bahawa pelajar UPSI amat memerlukan Kiffah.

Setiap hujung minggu pula,
Kiffah akan berpeluang untuk keluar ke pekan Tanjong Malim untuk pergi ke pasar malam bersama pelajar UPSI.

Itu merupakan detik yang istimewa untuk Kiffah dan pelajar UPSI.

Kiffah juga tahu bahawa sekarang pelajar UKM
sudah menemani pengganti baru untuk diri ini iaitu Rengit.

Kiffah berharap agar Rengit dapat memberikan perhubungan yang lebih baik untuk semua pelajar UKM berbanding Kiffah dahulu.

Kiffah harap agar kita berdua bahagia walaupun kita sudah lagi tidak bersama.

Itu sahaja yang mampu Kiffah nukilkan. Mohon jangan hubungi Kiffah lagi selepas ini.

Itu sahaja dari Kiffah, sekian.





Yang merindui mu,
KIFFAH.



(P/S: Kiffah memang sengaja sertakan bersama gambar di bawah untuk menunjukkan bertapa ramainya pelajar UPSI yang setia menunggu Kiffah di setiap hari sabtu untuk pergi ke Pasar Malam Tanjong Malim)
5 Gregat: August 2013 Kiffah (Surat untuk UKM) Salam rindu untuk semua pelajar UKM. Mungkin setelah sekian lama, ramai yang masih tertanya-tanya kemana ...

Memori

Perkara biasa, kalau usia dah cecah 20-an hari raya rasa macam tak berapa seronok. 
Tak pasti kalau situasi ini terjadi dekat aku sorang atau semua orang.

Bangun pagi benda yang terfikir cuma pergi solat sunat hari raya, 
kemudian balik tunggu budak-budak kampung datang kutip duit raya dekat rumah.

Sebelum pergi masjid, biasanya perut akan diisi dulu. Takut lapar pulak masa kat masjid nanti. 
Lagi pun memang sunnah kalau hari raya aidilfitri makan dulu sebelum ke masjid.

Rasanya dah setahun aku tak sentuh ketupat. Memang mengidam sangat lagi-lagi kalau dicicah dengan kuah kacang, memang “ummphh!” habis.

Kuah kacang ni memang “secret recipe” keluarga daripada dulu,
kalau sekali makan rasa macam nak bungkus bawa balik rumah je.

Tapi bab ketupat ni ada transformasi sikit, sebab dah pakai ketupat dalam plastik.
Banyak perkara dah berubah dan dengar cerita lemang pun dah dipaketkan sekarang.

Cerita pasal ketupat sayu pula rasanya, bukan apa tiba-tiba teringat dekat arwah atuk.
Memori yang susah nak lupa.

Aku ingat lagi masa pagi tu, aku sibuk bergaduh pasal nak main mercun bola dengan adik dekat depan rumah atuk.

Untuk mengelakkan pergaduhan besar, jadi atuk pun panggil aku masuk rumah.
Atuk panggil aku tak lain tak bukan alasannya “sebab aku kan abang.”

Masuk je rumah tengok-tengok ada banyak daun bertaburan.
Aku tak terkejut pun sebab dah faham sangat, masa dekat raya ni pekara biasa kalau atuk sibuk menganyam ketupat.

Bila tengok atuk sibuk menganyam, aku rasa macam menarik je kalau dapat belajar buat benda ni.
Aku dengan muka senyum siput datang sebelah atuk dan cakap “Atuk, nak buat ketupat boleh?”

Atuk dengan senyum manis membalas “Boleh, meh atuk tunjuk macam mana nak buat.”
Jadi proses pembelajaran pun bermula, dan hari tu memang satu hari aku sibuk nak siapkan satu anyaman ketupat.

Sambil aku menganyam atuk pun bercerita tentang zaman muda dia dulu.
Macam-macam cerita dari zaman Jepun sampai zaman Mahathir, semua ada.
Maklumlah atuk seorang nasionalis.

Tapi dalam banyak-banyak benda yang atuk cakap masa tu aku paling ingat ayat ni:

“Atuk bukan nak meramal, tapi satu masa nanti mesti orang Melayu dah lupa cara menganyam ketupat. Biasa la benda-benda tradisional memang orang sekarang tak berapa minat, tak penting katanya. Barang yang lama memang kurang dihargai, dan nanti mesti orang semua lupa bila ianya sudah tiada lagi.”

Mungkin masa tu aku tak berapa nak faham ayat ni, tapi sekarang memang sebak kalau dikenang.

Tahun tersebut , adalah tahun terakhir berhari raya dengan atuk. Tidak sampai setahun kemudian atuk pergi menghadap Ilahi.

Bila dikenang aku pun sebenarnya dah lupa cara menganyam ketupat dan dalam masa yang sama aku dah lupa tentang atuk.

Mengalir gak air mata aku pagi raya ni.

Aku sedih bukan sebab atuk pergi, tapi aku sedih sebab aku takda pun nak ingat kat atuk.

Atuk dulu pesan kalau orang yang kita sayang meninggal dunia jangan kita rasa sedih,
kita sepatutnya gantikan kesedihan itu dengan memperbanyakkan sedekah untuk orang tersebut.
Dan sedekah yang paling mudah adalah Al-Fatihah setiap kali kita ingat dekat orang tu.

Memang memori aku pasal atuk semakin terhakis kubur atuk pun dah lama tak diziarah. Entah-entah dah semak dengan lalang.

Air mata aku tak berhenti mengalir, habis jatuh dekat ketupat dalam pinggan.
Bila teringat kenangan aku dengan atuk, memang susah nak ditelan jiwa dan sanubari.

Cuma aku selalu pesan dekat diri sendiri, jika dipanjangkan umur mungkin aku juga akan jadi tua seperti atuk. Jadi aku perlu bersedia untuk menghadapinya.
Aku juga perlu menyediakan bekalan untuk akhirat. Aku harus ingat pesan atuk ini:

“Barang yang lama memang kurang dihargai, dan nanti mesti orang semua lupa bila ianya sudah tiada lagi.”

Selamat hari raya atuk, moga berbahagia di sana.

5 Gregat: August 2013 Perkara biasa, kalau usia dah cecah 20-an hari raya rasa macam tak berapa seronok.  Tak pasti kalau situasi ini terjadi dekat aku sorang ata...

Mentaliti dan Perspektif





Seorang lelaki telah mati di dalam kelab malam.

Ketika itu, tangannya masih memegang erat sebotol arak mahal.

Kemudian.

Seorang lagi lelaki telah mati di dalam masjid.
Ketika itu, dia masih lagi berbaju melayu dan berkopiah.

Mudah-mudahan, lelaki yang mati di dalam kelab malam itu digolongkan dalam kalangan ahli syurga kerana kebaikan yang dia telah lakukan.

Mudah-mudahan juga, lelaki yang mati di dalam masjid itu diampunkan oleh Allah S.W.T. di atas dosa yang telah dilakukan.

Kerana.

Lelaki di kelab malam mati atas sebab pukulan yang kuat di kepala.
Dia cuba menasihati dan menghalang rakannya daripada meminum arak.

Malam itu pertama kali dia hadir ke kelab malam tersebut dan tujuannya untuk menghalang rakannya daripada bergelumang ke dalam kancah maksiat.
Namun, atas sebab nasihatnya itu dia telah dipukul di kepala oleh rakannya sehingga mati.

Lelaki di masjid mati atas sebab terkena kejutan elektrik.
Dia cuba untuk mencuri alat penghawa dingin masjid.

Namun nasibnya tidak berapa baik dan dia terkena renjatan elektrik.

Masyarakat.
"Baru padan muka orang yang mati kat kelab malam tu, tulah buat jahat lagi."
"Bagus orang yang mati dalam masjid tu, sampai saat akhir pun masih pergi ke masjid."

Manusia mudah untuk membuat tanggapan, tetapi mereka sering gagal dalam memahami kebenaran.


5 Gregat: August 2013 Seorang lelaki telah mati di dalam kelab malam. Ketika itu, tangannya masih memegang erat sebotol arak mahal. Kemudian. S...
<