Perjalanan yang sehala, tiada "U-Turn". |
24, setiap hari dan tidak akan terlebih atau terkurang.
Mana ada manusia yang dalam seharinya, jam yang diberikan adalah sebanyak 25.
Dan tiada juga yang terkurang seperti 23.
Asasnya, kita semua telah diberikan waktu yang sama.
Namun dalam setiap kehidupan manusia, masa yang digunakan mereka adalah tidak sama.
Ada yang dalam 24 itu hanya dipenuhi oleh tidur.
Ada yang dalam 24 itu banyaknya dalam mencari rezeki.
Ada yang dalam 24 itu banyaknya bersujud kepada Ilahi.
Setiap hari setiap manusia diberikan nilai 24 yang sama,
mereka sendiri yang membahagikan kemana 24 itu harus digunakan.
Jika ingin melakukan sesuatu, eloklah bermula dengan hari ini.
Jika ditunggu esok, kita hanya membazirkan 24 yang telah diberikan pada hari ini.
Mungkin esok ada 24 yang baru, mungkin juga tiada lagi 24.24 ini penuh dengan misteri, kerana tidak tahu sampai bila kita akan memperolehinya.
Ramai orang yang tidak menggunakannya dengan betul.
Jadi 24 itu hanya hilang diabaikan begitu sahaja.
Cuba tanya pada diri sendiri, kemanakah angka 24 ini telah banyak digunakan?
Dan dibazirkan untuk apa?
Bayangkan jika setiap 24 ini digunakan dengan sepenuhnya pada setiap hari.
Pasti ramai yang menempa kejayaan, dan ramai juga yang akan dapat jalan menuju ke syurga.
Jadi, ke mana 24 yang anda gunakan pada hari ini?
Adakah anda menggunakanya dengan betul?
Atau ada rasa penyesalan pada 24 tersebut?
Masa hanya berjalan sehala, dan tiada simpang "U Turn" untuk memperolehinya kembali.
Moga pada masa yang akan datang, anda menggunakannya dengan betul.
No comments:
Post a Comment