+ -

Laman

Mehmet Najmi

Mehmet Najmi

20/08/2013

Mentaliti dan Perspektif





Seorang lelaki telah mati di dalam kelab malam.

Ketika itu, tangannya masih memegang erat sebotol arak mahal.

Kemudian.

Seorang lagi lelaki telah mati di dalam masjid.
Ketika itu, dia masih lagi berbaju melayu dan berkopiah.

Mudah-mudahan, lelaki yang mati di dalam kelab malam itu digolongkan dalam kalangan ahli syurga kerana kebaikan yang dia telah lakukan.

Mudah-mudahan juga, lelaki yang mati di dalam masjid itu diampunkan oleh Allah S.W.T. di atas dosa yang telah dilakukan.

Kerana.

Lelaki di kelab malam mati atas sebab pukulan yang kuat di kepala.
Dia cuba menasihati dan menghalang rakannya daripada meminum arak.

Malam itu pertama kali dia hadir ke kelab malam tersebut dan tujuannya untuk menghalang rakannya daripada bergelumang ke dalam kancah maksiat.
Namun, atas sebab nasihatnya itu dia telah dipukul di kepala oleh rakannya sehingga mati.

Lelaki di masjid mati atas sebab terkena kejutan elektrik.
Dia cuba untuk mencuri alat penghawa dingin masjid.

Namun nasibnya tidak berapa baik dan dia terkena renjatan elektrik.

Masyarakat.
"Baru padan muka orang yang mati kat kelab malam tu, tulah buat jahat lagi."
"Bagus orang yang mati dalam masjid tu, sampai saat akhir pun masih pergi ke masjid."

Manusia mudah untuk membuat tanggapan, tetapi mereka sering gagal dalam memahami kebenaran.


5 Gregat: Mentaliti dan Perspektif Seorang lelaki telah mati di dalam kelab malam. Ketika itu, tangannya masih memegang erat sebotol arak mahal. Kemudian. S...

No comments:

Post a Comment

<