+ -

Laman

Mehmet Najmi

Mehmet Najmi

27/05/2014

Gedegangnism



Ini bukan kisah tentang seorang hero yang menyelamatkan gadis di dalam kesusahan.
Bukan juga tentang keagungan dan ketokohan seorang insan.

Kisah ini adalah tentang sebuah mesin layan diri yang berada di sebuah universiti.
Ya, agak pelik untuk didengari tetapi itulah watak utama dalam kisah ini.

Seperti mesin layan diri yang biasa kalian temui, aku dijana kuasakan oleh arus elektrik.
Jika tiada bekalan elektrik, aku hanya menjadi besi buruk tanpa fungsi.

Aku mesin layan diri yang membekalkan pelbagai jenis air tin.
Harga bagi setiap air tin yang aku bekalkan sangat murah berbanding di kedai-kedai.

Cuma seringgit,

Itulah sebabnya aku ini tidak pernah kesepian kerana ramai yang menggemari aku.

Bercerita tentang tempat dimana aku tinggal, ianya sungguh stratergik.
Dihadapan dewan kuliah bertentangan dengan tempat duduk untuk pelajar berehat.

Sudah hampir 6 tahun aku tinggal di sini.
Tidak pernah bergerak walau seinci sekali pun.

Walaupun aku tidak mempunyai keupayaan untuk bergerak,
tetapi bermacam-macam perkara sudah aku temui.

Hari pertama aku diletakkan di sini ialah pada 4 Febuari 2006.
Ketika itu, cuacanya cerah sahaja. Petanda kehadiran aku amat dinanti dan diberkati.

Mungkin kalian tidak bersetuju, tetapi dengarlah dahulu cerita aku.

Sepanjang aku berada di universiti ini, terdapat pelbagi jenis latar belakang manusia yang telah aku temui.
Namun kebanyakkan daripadanya adalah para pelajar dan tenaga pekerja di universiti ini.

Bercerita tentang pelajar, aku lebih mengenali mereka yang dijangkiti dengan virus "gedegangnism".
Virus ini mudah sekali dijangkiti, lebih-lebih bagi mereka yang jiwanya penuh dengan kesedihan dan kehampaan.

Aku gelar virus ini "gedengangnism" kerana virus ini menyebabkan ramai orang membeli air tin yang aku sediakan berulang kali dalam kualiti yang banyak.
Setiap kali air tin dibeli, maka terhasilah bunyi "gedegang".

Itulah asalnya perkataan "gedegangnism".

Bermacam-macam jenis situasi yang pernah aku temui.
Ada yang dijangkiti virus ini kerana putus cinta, ada  juga yang kerana tekanan belajar, ada juga yang sudah bosan dengan hidup mereka.

Jika ingin aku ceritakan satu persatu, sungguh banyak dan mungkin aku terpaksa wujudkan suatu buku cerita khas untuk menceritakan segalanya.

Tetapi yang peliknya ada juga yang mengambil kesempatan daripada diri aku ini.
Antaranya, aku selalu didatangi oleh pelajar hanya untuk menukar wang kertas mereka kepada syiling 50 sen atau 20 sen.

Aku faham mereka memerlukan duit syiling ini untuk dimasukkan ke dalam mesin basuh di kolej,
tetapi aku harap mereka faham yang aku ini bukannya bank dan syiling yang aku miliki tidaklah begitu banyak.

Perkara yang paling aku takuti adalah apabila ada yang memasukkan wang kertas kepada aku,
tetapi aku tidak mampu untuk mengembalikan air tin atau wang syiling kembali.

Jika ini yang berlaku pasti aku akan dimarahi atau ditendang di sana sini.
Tidakkah kalian kesiankan  diri aku ini?

Di sampintg itu selama aku berada di tempat tinggal aku ini,
sering kali aku dengari buah mulut pelajar tentang kewujudan perkara-perkara mistik yang menakutkan.

Aku sebagai orang yang tinggal di sini sepanjang masa, mengakui bahawa di kawasan ini wujud benda-benda sebegitu.

Ada pelbagai rupa bentuk yang aku pernah temui.
Ada yang rambutnya panjang, ada yang diikat dari atas ke bawah, ada juga yang kain putihnya berjelar-jelar panjangnya.

Namun, perkara biasalah semua itu.
Di mana-mana sahaja kita boleh temuinya di dunia ini.

Bagi aku, kisah yang paling menyedihkan yang pernah aku temui adalah berkenaan seorang remaja yang hidupnya penuh dengan kesedihan.

Dia adalah antara mereka yang dijangkiti virus "gedengangnism", tetapi keunikannya adalah dia sering berkata-kata dengan aku seperti aku ini wujud.

Dia selalu datang pada jam 9.00 malam untuk berjumpa dengan aku.
Kemudian dia akan membeli air tin dalam kuantiti yang banyak.

Paling minima dia akan membeli 3 tin air setiap sesi.
Mesti anda hairan kerana pertemuan kami ini aku gelar sebagai "sesi"?

Hal ini kerana setiap kali dia membeli daripada aku,
dia akan duduk dihadapan aku sambil minum air tin yang dibeli serta berceritakan tentang kesemua kesedihan dan kegembiraan hidupnya.

Bagi aku dia ini memang "forever alone" sejati.

Aku mengetahui pelbagai perkara tentang dirinya.
Hampir kesemuanya, tidak kiralah hal keluarga, pelajaran atau kebenciannya pada semua orang.

Namun itu semua sudah lama berlalu.

Semenjak dua tahun yang lalu dia tidak lagi singgah untuk bertemu dengan aku.

Kali terakhir aku terdengar cerita  berkenaan dirinya ialah daripada hasil curi dengar daripada teman sekelasnya yang singgah membeli air tin daripada aku.

Mengikut apa yang mereka bualkan, aku mendapat tahu bahawa dia telah pergi meninggalkan dunia ini akibat daripada kemalangan jalanraya di depan universiti ini.

Sungguh menyayat hati, dan ianya sukar untuk aku lupakan.

Kalaulah aku boleh ceritakan pada mereka semua bahawa hidupnya penuh dengan derita.
Pasti aku sudah suarakan dengan nada yang penuh tangisan.

Itulah antara kisah-kisah yang aku pernah dengari.
Sungguh banyak untuk aku ceritakan.

Ada yang suka dan duka.
Tetapi itulah kehidupan manusia.

Cukuplah sekadar itu sahaja yang dapat aku sampaikan buat masa ini.
Jika kalian berminat untuk mengetahui lebih lanjut, maka mintalah pada aku di lain masa.

Cuma pesan aku untuk kalian semua, jagalah orang di sekeliling kalian.
Jangan pernah pinggirkan sesiapa, semua orang ada hak untuk berasa gembira di dunia.

Hargai setiap insan, tanpa sikap prejudis dan diskriminasi.


5 Gregat: May 2014 Ini bukan kisah tentang seorang hero yang menyelamatkan gadis di dalam kesusahan. Bukan juga tentang keagungan dan ketokohan seorang in...

Pulangkan

Sudah lama aku menyepi daripada perasaan untuk bercerita.
Bukan malas atau lupa,
tetapi cuba untuk menafikan kesedihan dan duka.

Aku cuba untuk membuktikan bahawa aku sudah hidup gembira.
Hidup aku serba lengkap sehingga aku padamkan memori tentang kita.

Itu harapan aku, supaya lupa tentang masa lalu.
Namun sebenarnya aku masih dibelenggu rasa cinta, sayang dan rindu pada kau.

Hari ini aku cuba kembali ke tempat yang dimana semuanya bermula.
Sekadar untuk mengimbau kembali rasa manisnya hidup kita berdua.

Sudah hampir lima tahun aku cuba untuk mengubah segalanya.
Bukan mudah untuk berubah, lagi-lagi dengan apa yang telah terjadi.

Kau mungkin lupa tentang aku.
Itu sudah aku jangka.

Siapalah aku untuk diingati.

Aku harap ini semua mimpi.
Supaya esok aku bangun di dunia realiti, mencipta kejayaan untuk hidup ini.

Aku harap ini semua hanya permainan di dunia ilusi.
Supaya dapat aku rasa bagaimana rasanya bila disayangi.

Aku tahu, aku tidak layak untuk bertanya mengapa kau pergi.
Tetapi janganlah bawa hati aku sekali.

Jika kau betul-betul sudah lupakan tentang diri aku.
Pulangkanlah semula hati, impian dan perasaan yang bukan lagi.milik kau.

Sudah beberapa kali, aku cuba untuk menghubungi kau.
Bukan untuk menaruh harapan lagi, tetapi untuk bertanya dimana kau buang semua yang telah kau curi.

Pulangkanlah, aku ingin rasa dicinta lagi.
Pulangkanlah, aku ingin rasa bagaimana diperlukan setiap hari.
Pulangkanlah, aku ingin rasa diri dihargai.

Aku tahu aku tidak berhak untuk dicintai.
Cinta itu bukan milik aku.

Tidak akan dan tidak pernah ada tertulis cinta itu untuk aku.
Walau setiap tangisan aku di malam hari hanya untuk kau, cinta itu tetap aku tak akan miliki.

Aku ini dilahirkan untuk bersendiri.
Dilahirkan di dunia untuk lihat orang lain bahagia,
meninggalkan dunia untuk merasa betapa sedihnya hidup tanpa cinta.

Tidak mengapa, aku sudah biasa.
Biarlah tangisan menemani aku di malam hari, dan setiap hari aku bangun hanya untuk terus bermimpi.
5 Gregat: May 2014 Sudah lama aku menyepi daripada perasaan untuk bercerita. Bukan malas atau lupa, tetapi cuba untuk menafikan kesedihan dan duka. Aku cuba un...
< >