"Bergelar seorang pelajar tahun akhir bukanlah suatu perkara yang mudah.
Kebanyakkan berpendapat bahawa tahun akhir adalah sesuatu yang amat menyeronokkan.
Namun sebenarnya situasinya adalah lebih sukar daripada yang diimaginasikan.
Apabila ditanya tentang perasaan, agak sukar untuk diperjelaskan.
Bercampur-baur, ada manis ada pahitnya namun tiada satu yang betul-betul ketara.
Cuba anda fikirkan seketika.
Bagaimana hendak rasa gembira jika ada tesis yang perlu disiapkan,
ditambah pula dengan tekanan daripada pensyarah penasihat,
dan diburukkan lagi dengan peperiksaan yang hampir tiba.
Kalau hendak dinyatakan kesemuanya memang banyak,
tapi cukup itu sahaja sudah melambangkan tahap kesukarannya."
Nice!
Sekali lagi,
aku jauh mengelamun dan bermonolog kepada diri sendiri.
Situasi di dalam perpustakaan yang sunyi dan tenang,
kadang-kala membuatkan kita hanyut di dalam lamunan sendiri.
Sudah hampir sebulan aku bertapa dekat perpustakaan,
berusaha untuk menyiapkan tesis dan mengulangkaji pelajaran sempena peperiksaan akhir yang mendatang.
Kalau diceritakan tentang keadaan diperpustakaan,

antara perkara yang menarik tentangnya ialah semakin hampir dengan musim peperiksaan maka semakin ramai yang akan bertandang.
Mungkin sebab di sini lebih tenang,
Mungkin sebab di sini lebih tenang,
atau mungkin di sini keadaannya lebih mudah untuk mereka mendapatkan jaringan internet atau "wifi" yang lebih laju.
Aku pun tak pasti.
Bagi setiap pengunjung yang sering datang ke perpustakaan,
pasti akan ada tempat duduk khusus yang mereka gemari,
dan bagi aku tempat duduk yang menjadi pilihan ialah dihujung perpustakaan berdekatan dengan corong penghawa dingin.
"Sebenarnya, apabila kita menjadi seorang pelajar tahun akhir ada lagi suatu dilema yang mungkin kita alami.
Tetapi dilema ini bergantung kepada orang itu sendiri,
namun kebanyakkan daripada mereka yang bergelar mahasiswa pasti akan menghadapinya.
Dilema untuk mempunyai 'teman hidup'.
Ketika di universiti proses pencarian 'teman hidup' adalah lebih mudah berbanding di alam pekerjaan.
Hal ini kerana persekitaran di universiti adalah lebih kecil dan pencarian mereka yang sependapat dengan pegangan hidup kita adalah lebih mudah.
Kita sendiri tahu bahawa kebannyakkan daripada mereka yang belajar di universiti,

telah menjumpai jodoh mereka di sini.""
Nice!
Dan sekali lagi aku mengelamun di dunia sendiri.
Kalau terus macam ni sampai bila kerja tak jalan.
Selalunya jika keadaan seperti ini berlaku,
aku akan cuba untuk berjalan di sekitar perpustakaan mencari-cari buku tambahan yang boleh untuk dijadikan rujukan untuk penulisan.

Seperti biasa,
pencarian dimulakan dengan perjalanan ke seksyen "Sejarah Asia Tenggara".
Perjalanan ini memaksa aku untuk berjalan agak jauh dan merentasi keseluruhan aras 4 bangunan perpustakaan bermula daripada tempat duduk kegemaran sehingga ke seksyen yang ditujui.
Sudah hampir beratus kali aku melalui laluan ini, dan sudah biasa selok-belok untuk ke sana.
Oleh kerana ingin mencuba sesuatu yang baru, aku berjalan melalui laluan yang berbeza dan agak jauh untuk ke sana.
Kadang-kala untuk kita merasai pengalaman yang berbeza dalam hidup,
kita harus mencuba sesuatu perkara yang baru.
Dan ternyata ianya memang berbaloi.
Di saat aku melangkah ke hadapan, aku menoleh ke kanan dan ke kiri untuk melihat jikalau ada sesiapa yang mungkin aku kenali.
Secara tidak sengaja,
mata terpandang kepada sesuatu yang indah dan berbeza daripada yang lain.
Tiba-tiba masa seperti bergerak perlahan, dan keadaan menjadi sunyi buat seketika.
Memang "Cliche" situasi ini, namu inilah yang betul-betul terjadi.
Penampilan yang sederhana,
berkaca mata,
dan berbaju kurung berbunga-bunga membuatkan hati aku seperti berada di taman bunga.

Saat itu dirasai sehinggalah dia berlalu pergi.
Mungkin dia yang aku cari.
Mungkin dia yang aku cari.
Hendak dijadikan cerita.
Akhirnya di penghujung hari,
aku terus mengelamun dan habis suatu kerja pun tak jadi.
Aish, payahlah kalau macam ini.

Setelah beberapa hari berlalu,
tragedi ini sudah aku lupakan.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hari ini, aku memulakan aktiviti dengan bersarapan di kedai nasi lemak lejen "Pak Ayub".
Setelah selesai menjamu, aku pulang dengan segera menaiki motorsikal kesayangan.
Seperti hari-hari sebelum ini, tempat yang aku tujui adalah perpustakaan.
Perjalanan pulang ke kampus waktu pagi ini sangat sesak,
kerana ramai yang berpusu-pusu untuk ke tempat kerja.
Setelah berjaya menyelit ke kiri dan ke kanan, akhirnya aku berjaya sampai di lampu isyarat yang terakhir.
"Skill" serta teknik mecilok adalah sangat penting ketika waktu puncak seperti ini.
Aku memperoleh kepakaran tersebut adalah melalui pengalaman ketika bergaul dengan geng-geng mat rempit di kampung dahulu.
Oleh kerana terlalu banyak kenderaan pada pagi tersebut,
maka waktu berhenti di lampu isyarat adalah sangat lama.
Kebosanan telah menyebabkan aku mengelamun.
Saat aku hendak mula mengelamun, aku memandang ke hadapan.
Di hadapan aku, ada seorang gadis yang memakai baju kurung berbunga menaiki motor skuter bewarna "pink".
Sungguh jambu gadis ini.
"Eh, kejap-kejap macam kenal je siapa dia ni. Aku rasa dia ni...."
Memang betul sangkaan aku,
saat dilihat pada cermin sisi motorsikal tersebut rupa-rupanya dialah gadis berkaca mata di perpustakaan hari itu.
Ketika aku menyedari perkara tersebut,
lampu isyarat sudah kembali hijau dan dia terus berlalu pergi, untuk sekali lagi.
Hari itu, juga sekali lagi.
Aku mengelamun sepanjang hari tanpa suatu kerja pun yang terjadi.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hari yang ditunggu-tunggu sudah tiba.
Hari peperiksaan yang terakhir bagi pengajian prasiswazah aku.
Aku masuk ke dalam dewan peperiksaan dengan senyuman dan kegembiraan,
melangkah dengan gagah menuju ke meja bernombor 321.
Hari ini aku rasa seperti aku sudah berjaya menawan sebuah negara.
Sampai di meja 321, aku terus duduk dan mengisi borang kehadiran peperiksaan.
Pengawas peperiksaan sibuk membacakan peraturan peperiksaan,
aku pula sibuk membaca doa untuk menjawab peperiksaan.
Ketika waktu peperiksaan sudah bermula,
aku terus membuka soalan dan menjawab dengan tekun menjawab kesemua soalan.
Setelah dua jam masa berlalu, akhirnya aku selesai menjawab.

Aku semak semula kesemua jawapan yang telah ditulis,
bermula daripada muka surat yang pertama sehingga yang ke akhirnya.
Walaupun masa ada lebih kurang 30 minit lagi, namun aku tidak mempunyai keinginan untuk keluar.
Aku ingin menikmati suasana terakhir aku di dalam dewan peperiksaan.
Walaupun ada rasa gembira, namun sedih juga terasa kerana waktu tamat pengajian hampir tiba.
Aku melihat ke sekeliling, dan tanpa aku sedari ada yang memerhatikan gelagat aku.
Rupa-rupanya, di sebelah aku adalah gadis berbaju bunga hari itu.
Mungkin aku terlalu fokus menjawab ketika itu, sehingga tidak perasaan orang yang berada di sebelah.
Aku cuba untuk mengawal perasaan supaya tidak nampak terlalu emosi,
dan dia tersenyum melihat keadaan aku
Manis sungguh!
Aish, nasib baik aku sudah habis menjawab semua soalan.
Kalau tidak satu kerja pon tak jadi.
Tidak lama selepas itu,
masa peperiksaan berakhir.
Tidak disangka bahawa waktu peperiksaan kami berdua berakhir juga adalah sama.
Ketika dia bangun menuju ke hadapan dewan, aku turut bangun mengekorinya.
Di dalam hati, aku berniat untuk menegurnya.
Ingin sekali tahu namanya.
Aku terus meletakkan kertas soalan dan jawapan ke dalam bakul yang disediakan.
Aku kemudiannya menoleh mencari dia yang memakai baju kurung berbunga-bunga dan sekali lagi dia hilang berlalu begitu sahaja.
Ini adalah pertemuaan kali ketiga aku dengan dia, mungkin ini jodoh namanya.

Aku berharap kalau inilah dinamakan jodoh, moga-moga ini bukanlah pertemuan yang terakhir kalinya.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Setelah selesai menjawab kertas peperiksaan,
aku pulang ke bilik dan mengangkat kesemua barang-barang peribadi ke dalam kereta.
Kali ini aku akan pulang bersama kereta kerana motorsikal telah dibawa pulang sebelum ini.
Setelah selesai bersalaman dan berjumpa dengan sahabat-sahabat di kolej aku terus pergi ke pejabat pentadbiran untuk memulangkan kunci bilik.
Maka perjalanan untuk ke kampung halaman bermula.
Namun sebelum itu, aku ingin sekali menimati pemandangan terakhir di sekitar kampus.
Aku mengelilingi sekeliling kampus,

sambil menikmati dan mengenang kembali peristiwa-peristiwa yang terjadi ketika masih berada di dalam masa pengajian.
Walaupun ada pengalaman yang pahit yang terjadi,
namun ketika ini semuanya sudah menjadi manis untuk dikenang.
Ketika aku melalui di hadapan perhentian bas Kolej Sembilan ,
aku melihat kelibat seorang gadis yang menunggu bersama barang-barrangnya.
Pantas, aku menyedari bahawa gadis tersesbut adalah gadis yang sama aku jumpa selama ini.
Di dalam hati, ingin sekali aku memberhentikan kereta dan menumpangkannya.
Namun aku ragu-ragu adakah dia menantikan seseorang atau tidak akan menerima pertolongon yang ingin aku tawarkan ini.
Aku mengikut kata hati, mengetepikan keraguan diri.
Jika ini jodoh yang dinanti, lebih baik aku mencuba daripada menyesal di kemudian hari.
Aku memberhentikan kereta di hadapan perhentian bas tersebut.
Aku membuka cermin kereta dan terus bertanyakan kepadanya.
"Nak ke mana nie?"
Dia tersenyum, sambil membalas " Nak ke Terminal Bas."
Aku menyedari bahawa dia sudah mula memahami tujuan aku ini.

Aku menyambung perbualan.
"Ouh kalau macam tu, boleh saya tumpangkan ke sana sebab nanti saya akan lalu jugak."
Sekali lagi dia tersenyum,
dan bertanya "Serius ke nie boleh tumpangkan?'
Aku dengan terrsengih menjawab, "Yup!"
Setelah dia bersetuju, aku terus keluar daripada kereta dan membantunya mengangkat barang-barang.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Selepas kejadian ini, hubungan kami semakin "sweet-sweet" sahaja.
Kalau diceritakan tentang macam mana keadaannya, itu ikutlah imaginasi korang sendiri.
Bayankang hubungan kami terlampau "sweet" macam makan gula-gula kapas.
Cuma yang penting, pengajaran yang aku dapat dapat disimpulkan macam ini:
"Jodoh itu ketentuan Ilahi,
bila tiba saat dan waktunya pasti kita akan menjumpai dia yang kita cari.
Tidak perlu terburu-buru,
namun kita harus terus berdoa dan berusaha suapaya jodoh yang baik dapat kita miliki."

No comments:
Post a Comment