+ -

Laman

Mehmet Najmi

Mehmet Najmi

21/08/2013

Dosa

Aku jahat.
Namun hati kadang-kala ada rasa ingin berubah.

Sehingga kini tiada tangan hamba yang soleh ingin bersalam dengan aku.
Jahat sangatkah aku?


Aku sentiasa menunggu bisikan daripada para ilmuan untuk mengajar tentang ilmu agama.Adakah aku tidak layak untuk belajar tentang Islam?
Ya, aku jahat.Aku banyak dosa.
Aku juga ingin berubah, tetapi aku rasa keadaan tetap tidak akan berubah.
Selagi yang alim dan warak hanya bersama golongan mereka,dan yang jahat macam aku dianggap jahat dan tiada jaminan syurga.
Petunjuk dan cahaya untuk aku bertaubat tertutup kerana tembok pemisah ini.
Tidakkah mereka tahu bahawa jawapan untuk ke syurga atau neraka hanya Allah S.W.T. yang tahu?
5 Gregat: Dosa Aku jahat. Namun hati kadang-kala ada rasa ingin berubah. Sehingga kini tiada tangan hamba yang soleh ingin bersalam dengan aku. Jahat...

No comments:

Post a Comment

< >