+ -

Laman

Mehmet Najmi

Mehmet Najmi

21/08/2013

Ikhlas

Sudah lama hati ini tertanya.
Sudah tiba masa untuk diri meluahkan kata-kata.

Mengapa aku yang dipilih, untuk menjadi pelengkap ikatan perkahwinan kita.

"Ahmad, Ahmad pasti tidak akan menyesal untuk menjadikan saya sebagai teman hidup?"

Dan luahan persoalan ini hanya dijawab dengan sebaris kata,
"Tidak pernah sekali pun saya menyesal".

Ini kisah seorang wanita buta yang diterima oleh seorang jejaka serba sempurna.
Sang jejaka lembut hatinya, mudah tersentuh dan suka untuk membantu.

Memang dia dianggap gila, namun hanya tuhan yang mengetahuinya.
Sang jejaka, sudah beberapa kali kecewa.
Hidupnya penuh dengan permainan tipu helah dunia,
sudah lama hatinya luka parah akibat dusta orang yang berpura-pura mencintainya.

Dia ingin mencintai seorang wanita buta,
kerana dia tahu kasih dan cinta mereka bukan untuk apa yang mereka ada.
Ikatan perhubungan dibina, untuk dua jiwa yang saling melengkapi.

Walaupun diri mu buta,
tetapi kesetiaan mu sentiasa memberi semangat untuk aku terus mencuba.

Aku sentiasa berdoa,
agar perhubungan kita berkekalan selamanya sehingga ke syurga.

Sayang.
Buta yang dimiliki bukan kerana tuhan tidak menyayangi diri mu,
tetapi tuhan ingin memelihara pandangan dan hati Sayang daripada melihat kerosakan di dunia.
5 Gregat: Ikhlas Sudah lama hati ini tertanya. Sudah tiba masa untuk diri meluahkan kata-kata. Mengapa aku yang dipilih, untuk menjadi pelengkap ikatan ...

No comments:

Post a Comment

< >