+ -

Laman

Mehmet Najmi

Mehmet Najmi

21/08/2013

Perkara Biasa

Ketika sudah dewasa, semua ingin hidup berdua.
Zaman usia sudah puluhan, berusaha untuk mencari pasangan.

Perkara biasa bagi setiap insan, tidak ada yang dapat menafikan.
Namun perlu diingatkan, jangan risau tentang jodoh pertemuan.

Bila sudah tepat tempat dan hari, maka akan bertemu insan yang dinanti.

Ketika bertemu waktu akan berjalan perlahan,
semakin laju degupan,
rasa seperti diawangan,
rasa hampir kepada kesempurnaan,
dan hati akan berbisik "Dialah orangnya."

Pesanan yang perlu dsimpan:

Usah risau jika hati tidak berpunya, simpan sahaja untuk pemiliknya.
Serahkan pada yang berhak, dia tidak akan pernah menolak.
Yakinkan diri, bahawa sebenarnya dia juga sedang menanti.

Menanti sang pemberi, sang pemilik hati, sang pencinta yang dimimpi-mimpi.
5 Gregat: Perkara Biasa Ketika sudah dewasa, semua ingin hidup berdua. Zaman usia sudah puluhan, berusaha untuk mencari pasangan. Perkara biasa bagi setiap ins...

No comments:

Post a Comment

< >