25/08/2013
Tahun 1998, Tanjong Malim masih lagi ada identiti.
8.00 pagi sabtu, itu waktu ramai orang berpusu-pusu ke pasar pagi.
Melalui landasan kereta api memang satu kepastian.
Jalan penghubung antara pekan dan taman perumahan.
Lampu merah berkelip-kelip.
Sudah tiba waktu untuk pagar ditutup
Masa untuk kenderaan beratur panjang.
Kerana kereta api akan datang.
Pagar dikunci ketat.
Basikal dan motor berhimpun dekat dan rapat.
Penjaga landasan sudah boleh berehat.
Besi penukar landasan ditolak cermat.
Adakah kereta api panjang?
Adakah kereta api pembawa barang?
Atau sekadar keretapi yang penuh dengan penumpang?
Keretapi berlalu dihadapan.
Hanya satu gerabak dan warnanya kekuning-kuningan.
Dibadannya tertulis "UNIT BAIK PULIH LANDASAN".
Kelipan lampu merah masih tidak berhenti.
Bunyi (Ting-Tong-Ting-Tong) juga masih didengari.
Pabila pagar landasan sudah dibuka.
Dan semuanya jadi seperti biasa.
Itu Tanjong Malim dahulu.
Sebelum wujud komuter dan stesyen baru.
Segalanya berwajah baru.
Tiada lagi tahun 1998 yang sudah berlalu.
5
Gregat: 1998 Dahulu
Tahun 1998, Tanjong Malim masih lagi ada identiti. 8.00 pagi sabtu, itu waktu ramai orang berpusu-pusu ke pasar pagi. Melalui landasan ker...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment