+ -

Laman

Mehmet Najmi

Mehmet Najmi

22/08/2013

Utusan

Salam,

Apa khabar saudara di sana?
Sudah lama kita tidak berbicara.

Entah kenapa hati tergerak untuk bertanya.
Mungkin terlalu rindu agaknya.

Masa berlalu begitu sahaja.
Saudara senyap tanpa cerita dan berita.

Mungkin saudara sibuk dengan hal dunia.
Sehingga lupa tentang saya.

Rasanya saudara pernah berkata.
Takkan lupa tentang kisah kita.

Saudara juga pernah berjanji dahulu suatu ketika.
Bahawa akan berbuat baik untuk saya dan diri saudara.

Namun semuanya sudah dijangka.
Kerana saudara juga manusia.

Saya tidak pernah berasa duka.
Juga tidak akan sesekali merasa hiba.

Cuma saya harap saudara sedar dan terima.
Bahawa tidak lama lagi kita akan bersua.

Mungkin saat itu saudara akan tahu apa yang pernah saya rasa.
Saat itu rasanya sakit tidak terhingga.

Ketika itu juga ada rasa sesalan di minda.
Tentang ke mana perginya kelapangan masa.

Saudara tidak boleh lagi meminta.
Kerna sudah tiba penghujungnya.

Segalanya ditentukan sejak saudara melihat muka ayah dan bonda.
Saya harap saudara bersedia.

Sampai di sini sahaja perutusan terakhir untuk saudara.
Tidak perlu bercerita panjang lebar dan lengkap sempurna.
Bukankah tidak lama lagi kita akan berjumpa?

Itu sahaja daripada saya.
Untuk sahabat yang tercinta.






Akhir kata daripada saya:

"Semoga saudara membawa banyak bekalan yang banyak pabila hadir ke tempat saya.
Kerana "Alam Barzakh" ini banyak seksaannya."


Sekian.
5 Gregat: Utusan Salam, Apa khabar saudara di sana? Sudah lama kita tidak berbicara. Entah kenapa hati tergerak untuk bertanya. Mungkin terlalu rindu a...

No comments:

Post a Comment

< >