+ -

Laman

Mehmet Najmi

Mehmet Najmi

20/01/2016

Menerima, Menghargai dan Memberi.


Hidup hanya sekali, jadi hargai setiap detik yang diberi.


Kau kata, hidup ini susah dan payah.
Kau rasa penat untuk lalui kehidupan.

Kau rasa dunia ini bukan untuk kau, 
dan semuanya rasa tidak kena dengan dunia yang kau ada.

Hari-hari kau mengadu,
kau kata jiwa kau penuh dengan kemarahan dan kebencian.

Kau juga kata, 
yang semua orang tak nampak kesusahan yang kau lalui di dunia.

Kau sedih,
kau rasa tiada siapa yang faham macam mana tangisan yang wujud dalam diri.
Kau rasa hati kau sudah mati,
jiwa kau sudah lenyap begitu sahaja.


Setiap hari apabila kau bangun daripada tidur,
kau runsing memikirkan bagaimana untuk lepaskan apa yang terbuku dalam hati.

Kerungsingan ini jugalah yang menyebabkan kau tidak mampu untuk tidur malam.

Kau paksa otak kau untuk berhenti berfikir, 
namun ia tetap degil seperti mana degilnya jiwa kau untuk lihat dunia.

Kau boleh keluarkan seribu satu perkataan kesat untuk dilemparkan,
namun tidak sekali pun perkataan indah yang kau sebutkan.

Kau sedih melihat diri kau,
kau kata lebih baik mati daripada rasa seperti bangkai yang bernyawa.

Kenapa kau rasa macam itu sekali?
Kau tak bersyukur ke kawan?

Kawan, aku sedih lihat kau begini.
Kau seksa jiwa sendiri.

Kau salahkan diri sendiri dengan apa yang terjadi.
Kau seumpama tidak percaya kepada takdir, qada dan qadar.

Mulanya, kau marah sebab kau dilahirkan tidak berada.
Kemudian, kau marah hidup dibanding-banding.

Kau juga marah, cinta kau tak pernah diterima.
Seterusnya, kau marah kerana tidak pernah terlalu cemerlang.

Hidup kau, penuh dengan kemarahan.

Daripada kau baru mengenal ABC,
sehinggakan kau sudah mampu menulis karangan beribu patah perkataan.
Kau hanya ingin marah.

Kau sedarkah, selama ini kau sendiri yang menyebabkan semuanya tidak kena.
Semuanya kerana kau biarkan kemarahan menguasai jiwa.

Kau tidak pernah belajar untuk "menerima".

Mungkin kau tidak tahu bahawa perkara pertama untuk kau menghargai dunia,
adalah dengan belajar untuk "menerima".

Belajar untuk "menerima" bukan bermakna kau  lemah.
Namun, bermula daripada "menerima" barulah kau tahu "menghargai" dan "memberi".

Kawan,
kau lihatlah selama ini kau lupa untuk "menerima".

Kau hanya tahu untuk "memberi".
Apabila kau tidak tahu untuk terima, apa yang kau berikan hanyalah kebencian dan kemarahan.

Ubah perspektif kau kawan.

Kau tidak boleh mendambarkan dunia yang sempurna untuk didiami.
Kau juga tidak boleh mengharapakan dunia sentiasa menyebelahi nasib diri.

Itulah, pesan aku ini walau berjuta kali tetap tak mampu ubah diri kau.

Kau kena sedar yang ingin berubah itu adalah diri kau, 
dan ini bermakna kau sendiri yang harus memulakan perubahan.

Aku sebagai kawan hanya mampu menunjukkan jalan ke hadapan,
namun semuanya terletak pada kau sendiri untuk ikut atau tidak seperti yang disarankan.

Adakah kau ingin terus bazirkan setiap detik hidup yang diberikan oleh Tuhan?

Jangan sampai dipenghujung jalan nanti baru kau sedar,
kau sebenarnya mampu untuk tersenyum di dunia namun kau sendiri memilih untuk terus berduka.


5 Gregat: Menerima, Menghargai dan Memberi. Hidup hanya sekali,  jadi hargai setiap detik yang diberi. Kau kata, hidup ini susah dan payah. Kau rasa penat untuk lalui ke...

2 comments:

< >