+ -

Laman

Mehmet Najmi

Mehmet Najmi

18/01/2016

Risiko




Hidup ini tentang mencari mati yang sempurna.


Dalam hidup kau diberi peluang untuk memilih dan setiap pilihan pasti ada kesan serta akibatnya.
Itulah namanya risiko.

Tapi, jika asyik memikirkan tentang risiko sampai bila-bila kau takkan buat apa-apa.

Kau jadi penakut dan kecut.

Ramai yang berjaya dalam hidup, semuanya sanggup tanggung risiko.
Sebabnya mereka tahu jatuh dalam hidup itu pasti ada dan kau tak boleh "play safe" sepanjang masa.


Semuanya tentang "risiko".

Kalau seorang lelaki yang nak mengorat awek, perkara pertama yang dia tempuh adalah risiko.

Kalau dia takut dan banyak berfikir tentang kemungkinan besar awek tersebut tak terima dia,

daripada awal lagi dia dah kalah dalam mendapatkan cinta

Bukan untuk katakan hidup ini adalah sebuah medan perjudian, bukan sama sekali.
Berjudi, kau mempetaruhkan sesuatu tanpa usaha bersungguh-sungguh.

Kalau ada nasib kau menang, kalau hilang nasib kau jatuh berguling.

Memang tak sama langsung dengan pemilihan jalan hidup.

Sedarlah, walau apa jua keadaan kau tetap kena buat pilihan.
Kau manusia yang tak boleh miliki segalanya jadi kau kena pilih yang mana satu paling sesuai dan dekat dengan hati.

Pilihan itu kadang-kala sesuatu yang kontra.
Contohnya, antara jahat dengan baik, antara rupa dengan hati, antara kaya dengan ketenangan.

Antara pesan yang mesti kita ingat adalah:


  • Apa yang kau nampak dengan mata, tak semestinya baik untuk diri
    .
  • Penyesalan tidak harus ada jika kau sudah membuat pilihan
    .
  • Jika semuanya berlaku bukan seperti yang kau harapkan, jangan berhenti untuk berjuang.
  • Usah takut untuk jatuh, kerana itu yang mematangkan jiwa.
  • Apa pun yang berlaku di akhirnya, ingatlah bahawa kau telah mencuba sehabis baik.

Lihat pada  manusia di sekeliling kau, mereka telah memilih jalan yang diinginkan.
Ada yang gembira, ada juga yang hidup dalam penyesalan.


Namun asasnya, semuanya kau sendiri yang pilih.

Meratapi atau terus berjuang yang membezakan kita semua.
5 Gregat: Risiko Hidup ini tentang mencari mati yang sempurna. Dalam hidup kau diberi peluang untuk memilih dan setiap pilihan pasti ada kesan serta a...

No comments:

Post a Comment

< >