sedangkan yang dekat dibiar pergi.
Daripada atas ke bawah, dan daripada satu ke halaman yang seterusnya.
Sebenarnya, dalam hati ada kerinduan yang mula mengalunkan bayangan memori.
Setiap detik bertemu, mula terbayang satu persatu.
Setiap detik bertemu, mula terbayang satu persatu.
Indahnya, manisnya dan semua rasa mula bercampur aduk.
Memang aku rindu, namun keegoan menyeliputi segalanya.
Memang aku sayang, namun takut apa yang orang kata lebih diambil kira.
Memang aku sayang, namun takut apa yang orang kata lebih diambil kira.
Aku nampak kau setiap hari.
Bangun saja pagi, wajah kau yang aku mula lihat setiap pagi.
Aku rindu, aku sayang.
Itu sahaja yang mampu aku katakan.
Bukan mudah untuk simpan perasaan yang sebegini.
Seperti diberi kuasa untuk hidup semula.
Ada yang berkata, elok simpan sahaja perasaan ini.
Ada juga yang berbisik, kenapa terus jadi pengecut sebegini?
Mungkin aku belum cukup kuat untuk sampaikan apa yang terbuku.
Mungkin juga aku takut jika tidak diterima.
Kadangkala, ada isyarat yang menunjukkan kita punya rasa yang sama.
Namun isyarat itu masih belum kuat dan meyakinkan keraguan yang ada.
Aku lihat kau kesunyian, daripada cara kau memberi salam perkenalan dan sapaan.
Namun adakah aku mampu untuk mengisi kesunyian itu?
Atau, ada mereka yang lain kau dambar dan nantikan?
Aku tahu, aku takut dan pengecut.
Aku takut untuk kehilangan kau sebenarnya.
Bagi aku, cukup kau ada di depan mata menjadi sinar inspirasi setiap hari.
Sebabnya aku tahu, aku tidak mampu menyentuh hati yang kau miliki.
Aku takut, jika diluahkan perasaan ini.
Kau akan lari dan pergi menyembunyikan diri.
Jadi lebih elok begini.
Jatuh cinta dengan kau daripada mula lagi.
Setiap senyuman yang kau ukirkan dapat mewarnai hari.
Setiap kata yang kau lafazkan menjadi lagu penyembuh jiwa yang dah lama mati.
Aku rasa kau cukup sempurna.
Aku harap kau dapat membaca catatan yang ditulis ini,
supaya kau tahu apa yang sebenarnya aku simpan jauh daripada kau.
Jika benar kau juga ada perasaan yang sama, sampaikanlah dan luahkan pada aku.
Kau mulakanlah langkah pertama, kerana aku sememangnya pengecut dan penakut.
Tetapi, jika keadaannya masih sama selepas kau membaca penulisan ini.
Dan kau masih tidak yakin dengan perasaan yang wujud dalam hati kita berdua,
anggaplah kita tiada jodoh bersama.
Namun dalam apa jua keadaan yang ada,
aku tetap menyanyangi kau dengan sepenuh hati.
aku tetap menyanyangi kau dengan sepenuh hati.
Walaupun suatu hari nanti kau sudah jumpa mereka yang lebih layak untuk kau miliki,
aku tetap di sini menanti.
No comments:
Post a Comment