+ -

Laman

Mehmet Najmi

Mehmet Najmi

27/05/2014

Pulangkan

Sudah lama aku menyepi daripada perasaan untuk bercerita.
Bukan malas atau lupa,
tetapi cuba untuk menafikan kesedihan dan duka.

Aku cuba untuk membuktikan bahawa aku sudah hidup gembira.
Hidup aku serba lengkap sehingga aku padamkan memori tentang kita.

Itu harapan aku, supaya lupa tentang masa lalu.
Namun sebenarnya aku masih dibelenggu rasa cinta, sayang dan rindu pada kau.

Hari ini aku cuba kembali ke tempat yang dimana semuanya bermula.
Sekadar untuk mengimbau kembali rasa manisnya hidup kita berdua.

Sudah hampir lima tahun aku cuba untuk mengubah segalanya.
Bukan mudah untuk berubah, lagi-lagi dengan apa yang telah terjadi.

Kau mungkin lupa tentang aku.
Itu sudah aku jangka.

Siapalah aku untuk diingati.

Aku harap ini semua mimpi.
Supaya esok aku bangun di dunia realiti, mencipta kejayaan untuk hidup ini.

Aku harap ini semua hanya permainan di dunia ilusi.
Supaya dapat aku rasa bagaimana rasanya bila disayangi.

Aku tahu, aku tidak layak untuk bertanya mengapa kau pergi.
Tetapi janganlah bawa hati aku sekali.

Jika kau betul-betul sudah lupakan tentang diri aku.
Pulangkanlah semula hati, impian dan perasaan yang bukan lagi.milik kau.

Sudah beberapa kali, aku cuba untuk menghubungi kau.
Bukan untuk menaruh harapan lagi, tetapi untuk bertanya dimana kau buang semua yang telah kau curi.

Pulangkanlah, aku ingin rasa dicinta lagi.
Pulangkanlah, aku ingin rasa bagaimana diperlukan setiap hari.
Pulangkanlah, aku ingin rasa diri dihargai.

Aku tahu aku tidak berhak untuk dicintai.
Cinta itu bukan milik aku.

Tidak akan dan tidak pernah ada tertulis cinta itu untuk aku.
Walau setiap tangisan aku di malam hari hanya untuk kau, cinta itu tetap aku tak akan miliki.

Aku ini dilahirkan untuk bersendiri.
Dilahirkan di dunia untuk lihat orang lain bahagia,
meninggalkan dunia untuk merasa betapa sedihnya hidup tanpa cinta.

Tidak mengapa, aku sudah biasa.
Biarlah tangisan menemani aku di malam hari, dan setiap hari aku bangun hanya untuk terus bermimpi.
5 Gregat: Pulangkan Sudah lama aku menyepi daripada perasaan untuk bercerita. Bukan malas atau lupa, tetapi cuba untuk menafikan kesedihan dan duka. Aku cuba un...

No comments:

Post a Comment

< >