+ -

Laman

Mehmet Najmi

Mehmet Najmi

17/10/2016

Menjadi Kuat

Yang diluar kadangkala tidak menggambarkan apa yang ada di dalam.


Harapan kau mungkin mudah, agar semuanya menjadi lebih baik.
Kau berharap semuanya akan menyebelahi kau.

Kau dapat apa yang kau suka,
dan kau terus hidup gembira.

Namun kehidupan tidak akan selalu menyebelahi kau,
bahkan selalunya dalam kebanyakkan situasi kau yang akan menyebelahi keadaan.

Menyebelahi keadaan bermaksud dengan cara diri kau yang menyesuaikan diri mengikut apa yang sebenarnya terjadi.

Namun itulah, dalam banyak keadaan kau akan cepat rasa "down".
Kau sangka diri ini kuat, tapi sebenarnya rapuh.

Itu sebabnya kadangkala kau kena ada kawan atau seseorang untuk berkongsi pengalaman yang dilalui.


Sekurang-kurangnya dapat juga melepaskan kesedihan dan kepahitan.
Mungkin juga untuk berkongsi kegembiraan yang dilalui.

Namun, berbalik kepada keadaan yang sebenar dan dunia tidak akan selalu menyebelahi kau.

Dalam saat kau jatuh dan sakit, saat kau perlukan seseorang untuk membantu,
dan saat itu jugalah tiada siapa yang hadir.

Keadaan lagi menyakitkan hati,
apabila lebih ramai yang ingin lihat kau jatuh tersungkur dan tidak sabar untuk bergelak ketawa melihat kegagalan diri kau.

Saat itu kau akan kata,
"Nampak gayanya aku kena kuat untuk diri sendiri, dan bukan untuk orang lain".

Kau pun terus berubah, untuk menjadi yang lebih baik demi untuk meneruskan survival kehidupan.

Kau yang dulunya lembut dan penuh dengan toleransi,
Sekarang penuh dengan kedegilan dan kekerasan.

Pada waktu semuanya sudah berubah,
akan ada pula yang berkata "Mana kau yang dulu? Kenapa kau berubah?"

Sebenarnya, kau sendiri tidak jangka bahawa diri sendiri telah berubah.
Perubahan 360 darjah yang kau sendiri tidak sedari.

Walaupun kau cuba untuk menerangkan bahawa,
bukan diri sendiri yang inginkan perubahan ini dan keadaan telah memaksa kau untuk berubah.

Namun mereka tetap tidak akan faham.

Di akhirnya kau sedar dalam apa jua keadaan,
kau tetap tidak akan dapat memuaskan hati semua orang di sekeliling.

Kau belajar satu perkara:

"Berubahlah untuk diri sendiri, jadilah kuat untuk terus hidup,
dan ini bukan digelar sebagai pentingkan diri cuma kau ingin terus hidup di muka bumi".
5 Gregat: Menjadi Kuat Yang diluar kadangkala tidak menggambarkan apa yang ada di dalam. Harapan kau mungkin mudah, agar semuanya menjadi lebih baik. Kau b...

No comments:

Post a Comment

< >