Berfikir sedikit adalah lebih baik daripada bermenung sepanjang hari. |
Alasan itu dan ini, dan akhirnya kekal dalam keadaan yang sama.
Bila lihat orang lain buat sesuatu dan berjaya,
mula ada perasaan busuk hati.
Paling tidak pun alasan yang diberi "Dia lain, dia bolehlah aku tak boleh".
Tapi tak pernah tanya pada diri sendiri,
"Kenapa dia boleh? Dan kenapa aku cakap diri sendiri tak boleh?"
Kau nak tahu sebab apa?
Sebabnya kau banyak ALASAN!
Bila nak buat sesuatu, kau banyak sangat berfikir.
Daripada banyak berfikir, akhirnya kau akan dapat banyak ALASAN.
Dan akhirnya, kau tak buat apa-apa, sebab kau rasa semua benda payah.
Bila orang beri idea, kau rasa kau yang terbaik.
Bila orang tegur kesalahan kau, kau rasa diri sendiri semua betul.
Bila orang lain tinggalkan kau sebab dah sakit hati, kau kata orang lain busuk hati.
Sebenarnya, siapa yang punca?
Orang lain atau diri kau sendiri?
Mungkin kau terlalu ego sehingga buta untuk melihat apa yang sebenarnya terjadi.
Sahabat, sedarlah kau harus lupakan segala apa yang telah berlaku.
Berhenti berfikir, dan cuba untuk lakukan sesuatu.
Idea yang kau fikir walau setinggi langit sekali pun,
kalau kau tak mula buat akhirnya idea itu akan dicuri oleh orang lain.
Bukan kau seorang sahaja ada akal dan otak,
ramai lagi orang yang ada idea macam kau.
Sebabnya idea itu milik Tuhan,
dan yang membezakan antara yang berjaya atau tidak ialah siapa dahulu yang melaksanakannya.
Sudahlah beri ALASAN, sampai bila kau nak jadi orang yang kalah.
No comments:
Post a Comment