+ -

Laman

Mehmet Najmi

Mehmet Najmi

09/10/2016

Graduan 2016



2016 adalah zaman yang paling mencabar bagi seorang graduan

Mencari kerja itu bukan mudah pada tahun ini.
Berlaku "Miss Match" antara jumlah graduan yang dihasilkan dengan jumlah pekerjaan yang ditawarkan.
Tidak kiralah apa sahaja jenis ijazah yang dimiliki,
mendapat pekerjaan itu adalah tidak pasti.


Dahulu orang kata masuk bidang "oil and gas" pasti dapat kerja,
namun sekarang mereka yang dalam bidang itu sendiri di berhentikan oleh syarikat.


Belum ambil kira bidang kritikal seperti doktor perubatan dan farmasi,
ada ramai rakan-rakan yang dikhabarkan daripada bidang ini masih belum mendapat pekerjaan.


Sedangkan mereka yang masuk ke Maktab Perguruan sendiri masih ada yang belum mendapat penempaan pekerjaan.

Itulah,
 
bagi mereka yang dah memiliki kerja mungkin hal ini tiada kaitan langsung dengan diri mereka.


Namun,
 
bagi graduan yang masih mengangur tekanan ini menjadi luka yang semakin pedih daripada hari ke hari.


Ramai rakan-rakan yang kini lebih suka mendiamkan diri dan bersembunyi daripada orang lain.
Aku nampak semua ini.

Mereka mungkin malu kerana masih tidak mempunyai pekerjaan.
Takut akan diperlekehkan dan dibandingkan oleh rakan-rakan serta saudara mara.


Bagi mereka yang bergraduasi daripada universiti luar negara, mereka juga tidak terlepas daripada krisis ini.

Jika dahulu, kebanyakkan mereka yang berkelulusan luar negara memang mudah mendapat pekerjaan, sekarang tidak lagi.

Krisis yang berlaku ini memberikan tamparan yang sangat hebat kepada semua graduan.

Itulah, kadangkala hidup ini bukan seperti yang kita inginkan.

Kita rancang supaya segalanya menjadi lebih baik,
 
namun yang sebaliknya terjadi.


Usah bersedih, yakinlah rezeki kita pasti hadir.

Selain itu, usah malu pada mereka yang memperlekehkan anda.
Tabahkanlah hati dan kuatkanlah minda.


Orang akan berkata walau apa pun yang kita buat.
Bila tak kerja mereka akan berkata.

Bila kerja pun mereka akan tetap berkata dan selalunya tentang gaji, jenis dan kesesuaian.

Mulalah ada perbandingan di sana sini.

Sebagai contoh
 
"Anak Mak Cik tak da ijazah pun dapat kerja, kamu yang ada ijazah ni masih tak da kerja. Kamu ni tak nak cari kerja ke?"


Padahal dia tak tahu, yang banyak email dan surat yang dihantar namun satu pun tidak terbalas.

Itulah, kadang-kala manusia lupa rezeki tu siapa yang berikan.
Dan siapa yang mencipta kita.


Jika betul mereka ingin membantu,
 
kata-kata semangat pun sudah mencukupi.


Akhir kata daripada aku,
Bersabarlah dengan ujian dan kesusahan yang dihadapi ini, walau kita tidak tahu penghujungnya.


Berusahalah dengan lebih gigih dan jangan pernah mengalah.

Kerna aku yakin,

"Pasti akan ada cahaya yang akan menyinari
 
selepas gelap malam yang ditempuhi."
5 Gregat: Graduan 2016 2016 adalah zaman yang paling mencabar bagi seorang graduan Mencari kerja itu bukan mudah pada tahun ini. Berlaku "Miss Ma...

No comments:

Post a Comment

< >