+ -

Laman

Mehmet Najmi

Mehmet Najmi

07/09/2013

Daerah Baru




"Sejak hadir ke daerah baru ini, timbul banyak persoalan dalam diri."


----------------------------------------------------------------------------------------

Sudah hampir dua bulan berkelana, namun masih terasa asing.
Bermula daripada hari pertama, aku sudah merasakan daerah ini penuh cabaran.

Sungguh asing kerana sejak kecil aku dididik dengan ilmu untuk jiwa , mengenali erti cukup apa yang ada.


----------------------------------------------------------------------------------------


Kehidupan di sini tiada siang dan tiada malam, semuanya sama yang beza cuma kadar cahaya.

Masa juga berlalu pantas, terasa seperti ada pencuri yang mengambilnya.

Wang ringgit menjadi ukuran, menilai sejauh mana darjat kehidupan.

Terlalu banyak beza, aku sendiri tidak memahaminya.


---------------------------------------------------------------------------------------

Kehadiran aku di sini bukan untuk bersenang-lenang,
demi mereka yang mengharapkan kiriman wang.

Mungkin kisah aku ini adalah cerita biasa yang didengari,
kisah tentang  anak-anak miskin yang ayah yang ibu telah mati,
dan keterpaksaan hidup memanggil yang tua keluar mencari rezeki.


----------------------------------------------------------------------------------------


Aku bukan terlampau bodoh untuk tidak mengenali teknologi,
cuma aku terkejut dengan kecanggihannya yang aku sendiri tidak membayangi.

Di sini manusia dipaksa mengikut sistem, yang mereka sendiri tidak tahu siapa tuan empunya.

Bermula pagi hari mereka terpaksa beratur menaiki kereta api,
tiba di pejabat pula melapor diri pada mesin penunjuk masa,
dan bila sudah malam mereka duduk di hadapan kotak televisyen.

Semuanya bermula dan berakhir dengan cara yang sama,
itulah hari-hari mereka.


-----------------------------------------------------------------------------------------

Tiap hari aku merasakan ketakutan,
kerana tertpaksa berubah demi diselarikan dengan sistem.

Antara sudu dan tangan,
sudu yang menjadi pilihan.

Bukan sengaja, tetapi tiada air basuhan untuk tangan.
Penggunaan air memerlukan kos, dan akhirnya mendatangkan pembaziran.

Walaupun aku tahu tangan ini lebih bersih, kerana aku sendiri yang mencuci dan mengelapnya.

---------------------------------------------------------------------------------------

Jika ditanya tentang dosa,  itu perkara biasa.

Di sini, manusia sibuk mencari ketenangan.
Walhal mereka tahu ketenangan sudah tiada, yang ada cuma "penahan kesakitan" dan itu pun sementara.

Mereka menganggap bahawa cara hidup sebegini lebih bertamadun, padahal mereka sudah banyak melanggar hukum tuhan.

Tentang dosa ini biarlah aku simpan, cukup disampaikan sekadar untuk melepaskan perasaaan.

--------------------------------------------------------------------------------------


Sudah banyak aku sampaikan, rasanya sudah cukup untuk aku simpulkan.

Aku tidak boleh menolak secara meluru, juga tidak boleh terburu-buru.

Aku perlu ingat pesan Pak Guru Jamlus , bahawa kehidupan di sini seperti terkurung di dalam pasir jerlus.

Jalan untuk keluar bukan dengan melawan membabi buta, tetapi dengan kesabaran dan kecekalan minda.



Sesungguhnya:

"Berada di daerah baru ini, aku cuba untuk bertahan.
Menjaga nilai estetika diri dan keagamaan."


5 Gregat: Daerah Baru "Sejak hadir ke daerah baru ini, timbul banyak persoalan dalam diri." ------------------------------------------------------...

No comments:

Post a Comment

< >