+ -

Laman

Mehmet Najmi

Mehmet Najmi

07/09/2013

Gelap


Aku sukakan kau gelap, kerana kau menyimpan seribu rahsia.

Memang ramai yang membenci sifat kau, tetapi yang pasti aku bukan seperti mereka.

Jika aku ditakdirkan untuk memilih siapa untuk hidup bersama,
aku harap kau yang akan bersama di sisi sentiasa.
Biar apa mereka kata, itu aku tidak ambil kira.

Kau sebenarnya cacat anggota, kerana kau tidak pernah bersuara.
Mulut bisu tanpa kata-kata, kau dengar semua yang aku cerita  sudah pasti kau pendengar setia.

Bila kau ada, mata aku buta.
Tetapi aku bahagia, kerana tiada hal dunia untuk aku berasa kecewa.
Tiada juga kesedihan untuk dirasa.

Gelap, aku harap kau menjadi teman untuk selama-lamanya. 







Namun ketika ketiadaan kau gelap, aku  nampak semuanya.
Aku nampak setiap sudut dunia.

Pada mulanya aku takut, namun ketakutan itu akhirnya menjadi api kebencian yang membara.
Hari-hari yang mendatang penuh dengan pedih dan sakit di dada.

Aku benci semua cerita yang ada di peti televisyen berkaca,
skerana semuanya keluar daripada mulut pendusta.

Aku benci radio yang mengalunkan muzik riang ria,
kerana semuanya janji  manis yang berintikan dusta.

Aku benci surat khabar penyampai berita,
disebabkan isinya penuh agenda.





Aku sering tertanya-tanya sampai bila hubungan kita,
kerana aku pasti suatu hari nanti kau pasti pergi jua.

Namun aku tidak pernah menjangka, bahawa kau akan pergi bersama mereka.
Kau diperguna, dan kau tidak mampu berbuat apa-apa.

Bukankah aku sudah kata kau cacat anggota?
Itu sebab kau tidak berdaya.

Kesian pada kau yang menjadi seperti Ali Baba,
yang dicucuk hidung dan diikat pada bawah muka.

Aku tidak pernah rasa kau yang bersalah dan harus didakwa,
rasionalnya kau hanya menjadi mangsa.

Gelap moga mereka memahami setiap susunan rangkap kata, agar mereka menerima kau semula.



5 Gregat: Gelap Aku sukakan kau gelap, kerana kau menyimpan seribu rahsia. Memang ramai yang membenci sifat kau, tetapi yang pasti aku bukan seperti mer...

No comments:

Post a Comment

< >