+ -

Laman

Mehmet Najmi

Mehmet Najmi

28/01/2014

Pendam Dalam-dalam

Mungkin nampak mudah, tetapi sebenarnya memberi kesan.
Penafian demi penafian dilakukan, demi untuk menutup segalanya.

Kalau dibawa berbincang, mungkin ramai yang akan bersuara.

Sebenarnya,
ramai dalam kalangan pelajar yang tidak mendapat gred dan keputusan yang baik di universiti bukan kerana mereka tidak layak.

Setiap pelajar yang memasuki universiti sebenarnya mempunyai IQ dan kemampuan tinggi untuk berjaya.

Masalahnya cuma mereka bukan berada di tempat yang sepatutnya.
Kebanyakan daripada mereka tidak mempunyai pilihan dalam memilih kursus yang mereka minati.

Mereka juga mungkin tidak mengetahui tentang bidang yang mereka minati dan lebih sesuai untuk diceburi.

Inilah hasil daripada ikut-ikutan dan cara pemikiran yang tidak membantu dalam mengembang bakat istimewa anak-anak ketika kecil dahulu.

Kebanyakan daripada kita telah diajar bahawa menjadi seorang doktor, jurutera atau juruterbang (sebagai contohnya) adalah satu pekerjaan yang patut diceburi.

Jadi adakah kita harus mengatakan bahawa pekerjaan sebagai seorang anak seni, pengurus dan guru harus dielak?

Kita harus sedar bahawa setiap daripada manusia, mempunyai peranan mereka yang tersendiri di dunia.

Kesimpulannya, kita harus menegtahui bahawa setiap manusia dikurniakan bakat yang berbeza.

Jadi tidak salah untuk kita memilih tetapi yang penting proses pemilihan ini perlu dibimbing.

Kepada pelajar yang sudah memilih jalan "terpaksa",
bersabarlah.

Yakinlah bahawa Allah S.W.T sentiasa memberikan jalan yang terbaik kepada hambanya.

Jangan pernah berputus asa.

(Pesanan untuk teman seperjuangan)
5 Gregat: Pendam Dalam-dalam Mungkin nampak mudah, tetapi sebenarnya memberi kesan. Penafian demi penafian dilakukan, demi untuk menutup segalanya. Kalau dibawa berbi...

No comments:

Post a Comment

< >