Setiap orang ada teman,
sahabat dan kenalan.
Diantara tiga tersebut,
teman adalah yang paling dekat,
sahabat adalah orang penting,
dan kenalan adalah yang paling ramai.
Jika dia adalah isteri atau kekasih,
sudah pasti dia ialah teman.
Jika dia yang selalu ingin menjadi tempat bersembang dan bercerita,
dia pula ialah sahabat.
Jika dia yang kau pernah bertemu namun tiada perhubungan yang akrab,
dia adalah kenalan.
Tidak kisah siapa mereka,
namun mereka semua pernah bertemu dengan diri kau.
Namun antara tiga yang tersebut,
hanya ada dua yang kau akan rindu.
Teman dan sahabat.
Bukan apa, kerana mereka adalah orang yang paling rapat dan membentuk siapa kau sekarang.
Masa banyak diluangkan bersama,
perjalanan hidup banyak juga yang sama,
dan minat serta cara berfikir juga seakan seirama.
Semakin lama kau hidup di dunia,
maka semakin ramai teman, sahabat dan kenalan yang kau akan jumpa.
Pada yang sama,
semakin ramai teman dan sahabat yang akan dirindui.
Satu persatu teman dan sahabat yang diingati,
dan semakin jauh rasa diri mereka daripada kau.
Bukan kerana berselisih faham,
namun kerana jalan hidup yang tidak lagi sama.
Begitulah masa dan ruang akan menyentuh hati kau,
dengan cara merindui teman dan sahabat.
Kau akan rasa kerinduan pada mereka,
sehingga tiada lagi nafas yang kau hela.