+ -

Laman

Mehmet Najmi

Mehmet Najmi

27/11/2016

Jauh

Ada masa, hati terasa jauh sekali.
Jauh daripada orang yang disekeliling.


Dekat pada zahirnya,
namun jauh diantara dua hati.


Rasa seperti penuh dengan kepura-puraan.


Entah kenapa, manusia suka bersembunyi dalam berkata-kata.


Jika marah, gemar untuk pendam.
Jika sedih, menangis sendirian.


Mungkin manusia tidak ingin menunjukkan segalanya,
dan jalan yang terbaik adalah dengan bersembunyi di sebalik senyuman.


Topeng yang berlapis-lapis dipakai,
dengan niat untuk menyembunyikan pelbagai perkara.


Namun dalam tidak sedar,
itulah yang membuatkan kita jauh.

5 Gregat: November 2016 Ada masa, hati terasa jauh sekali. Jauh daripada orang yang disekeliling. Dekat pada zahirnya, namun jauh diantara dua hati. Rasa sepert...

24/11/2016

Terputus Sudah

Minggu yang penuh dengan pemergian.
Hari ini orang ini, esok orang itu.


Tidak dijangka, dan tanpa bersedia.


Mereka yang pergi,
meninggalkan memori untuk kita kenang.


Satu persatu layar memori bermain di fikiran,
dan kita masih tidak mampu menerima kenyataan bahawa mereka sudah pergi.


Perasaan hiba mengalir dalam jiwa,
kesedihan dan sedikit penyesalan juga ada.


Sesal kerana terasa masa bersama mereka masih belum cukup.


"Tuhan, aku ingin lebih masa untuk bertemu mereka dan kali ini aku akan cuba hargai sepenuhnya."


Terima atau tidak,
mereka tetap telah pergi.


Hukum alam,
mereka telah berada di dunia yang seterusnya.


Terputus sudah segalanya antara kita dengan mereka.


Kehidupan memang begitu,
penuh dengan masa depan yang kita sendiri tidak jangka.


Bagi mereka yang telah pergi,
doa ku selalu menemani.


Hikmah Tuhan,
dan kita manusia tidak tercapai akal untuk memikirkannya.


"Aku berterima kasih kepada Ilahi, sekurang-kurangnya aku dipertemukan dengan insan yang hebat-hebat ini.


Mohon aku, jangan dipadam memori tentang mereka."


Hanya doa yang mampu aku utuskan kepada kalian.


InshaAllah, kalian semua damai di sana.


Al-Fatihah.

CSM, PCH.

5 Gregat: November 2016 Minggu yang penuh dengan pemergian. Hari ini orang ini, esok orang itu. Tidak dijangka, dan tanpa bersedia. Mereka yang pergi, meninggal...
< >